Daughters of Malaya diasaskan oleh Dayana Zul dan suaminya, Rai Ahmad pada bulan Disember 2018. Daughters of Malaya memulakan perniagaannya dengan menjual tiga jenis cleansing balm buatan tangan iaitu Charcoal, Makeup Melter dan Matcha. Mereka kemudiannya menjual produk-produk lain seperti Summertime Ceramide Liquid Moisturizer yang menjadi produk terlaris mereka, dan juga Daughters of Malaya Sulfur Spot Drying Lotion dan Daughters Of Malaya Post-Breakout Recovery Serum.